NAGASASRA
Pengenalan Sidang
"Hembus Sampai Hangus"
Nagasasra - gabungan daripada 'naga' (haiwan mistik) dan 'śastra' (senjata), yang membawa maksud harfiah 'senjata naga'. Ia diinspirasikan oleh keris legenda Jawa iaitu Keris Nagasasra, terkenal sebagai salah satu senjata paling hebat dan keramat dalam warisan Melayu-Nusantara. Logo sidang melambangkan kebijaksanaan, keberanian, dan semangat yang takkan luntur, membawa kekuatan seekor Naga. Dengan memegang legasi ini, sidang Nagasasra berdiri teguh atas dasar kecemerlangan, ketahanan, dan perpaduan. Bagaimana keris tu ditempa dalam api dengan penuh teliti, begitu jugalah sidang ini dibentuk dengan tekad, disiplin, dan prestasi tinggi. Dengan semangat itu, sidang ini bersedia tempuh apa saja cabaran dan bangkit mengatasi yang lain.